Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama Panorama Forum Akaun Email Anda Karya Link

Menu Utama

   Menu Utama :
 Laman Utama
 Lokasi
 Sejarah
 Lencana
 Matlamat
 Motto
 Prasarana
 Panorama

 Info :
 Pentadbiran
 Kurikulum
 Ko Kurikulum
 Peperiksaan

 Kemudahan
 Kedai Sekolah
 Kebajikan

 Badan :
 Badati
 BBK
 Kaunseling
 Maktabah
 Buku Teks
 Aspuri
 Disiplin

 Buku Pelawat
 


 Salam Ukhuwah
 


 Putusan :
 Mudirah

 Warna MMP :
 Kenali Guru
 Keratan Akhbar

 Perkhidmatan :
 Karya
 Chat
 Alumni
 Mailing List
 Akaun Email
 Forum

 

Berita Terkini

 

Muka Depan

 

Pentadbir

  ·Cikgu Nik
·Nor Aeda Fitrieah
·Malihah
·Die
 
 

Top Link

 

·MOE
·Portal Tutor
·SMU(A) MML

 

 
 
LOKASI MMP


   Sekolah Maahad Muhammadi (P) terletak di tengah pusat bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Merbau, 15300 Kota Bharu , Kelantan. Kedudukannya yang strategik ini membolehkan sebahagian pelajar puteri sekolah ini sering berulang alik dari sekolah ke rumah dengan kenderaan awam atau keluarga.

Pada umumnya, kedudukan sekolah ini berhampiran dengan bangunan Pasar Besar Siti Khadijah (dulu dikenali dengan Pasar Besar Buluh Kubu), Masjid Baraah (dalam kawasan pasar tersebut), bangunan Flat Buluh Kubu , bangunan pusat membeli-belah Pantai Timur, The Store (Kota Bharu), Pasar Borong Mydin dan Stesyen Bas SKMK. Bersebelahan sekolah ini, terdapat dua buah sekolah Kementerian iaitu SRK. Merbau dan SM.Zainab (2) iaitu di Jalan Merbau.

Pintu masuk utama ke sekolah ini adalah menghala ke hadapan bangunan ini di Jalan Merbau iaitu bersebelahan dengan bangunan Asrama Puteri. Berdekatan pintu masuk utama tersebut, terdapat sebuah pondok jaga (pengawal) sekolah yang juga menempatkan tempat menunggu berbumbung bagi pelajar-pelajar yang berulang-alik dengan kenderaan keluarga mereka. Pintu masuk utama ini merupakan laluan masuk para guru, pelajar dan kakitangan sekolah ini. Selain itu, terdapat dua lagi pintu masuk ke sekolah ini. Kedua-dua pintu ini adalah menjadi pintu masuk utama pelajar-pelajar yang berkenderaan awam dan berjalan kaki ke sekolah. Pintu masuk tersebut, satunya menghala ke kiri sekolah ini iaitu merupakan jalan tengah antara bangunan Flat Buluh Kubu dengan bangunan SRK. Merbau, dan satu lagi menghala ke bangunan pusat membeli-belah Pantai Timur yang berada di belakang blok bangunan sekolah ini.

Sekolah ini dianggap ‘unik’ oleh sesetengah guru di sini kerana ia bukan sahaja mempunyai padang rumput yang luas di tengah-tengah antara blok banguan ini, bahkan jarak antara blok-blok bangunan kelas, pejabat, makmal sains perpustakaan dan kantin agak jauh. Malah ada cikgu ‘terpaksa’ menggunakan kenderaan( kereta @ motorsikal ) untuk pergi ke kelas-kelas tertentu. Menurut mereka, situasi sekolah ini seolah-olah seperti berada di ‘universiti’ kerana bukan sahaja keadaan fizikal sekolah yang berbeza malah budaya belajar pelajar berbeza.

Bersebelahan kanan sekolah ini,terdapat tiga buah blok Asrama Puteri iaitu Asrama A, Asrama B dan Asrama C. Berdekatan asrama ini, terdapat satu rumah lama berbentuk bulat (pondok-dulu merupakan bekas tapak lama sekolah ini yang dikenali dengan al-Madrasah al-Arabiyyah Jami’ Merbau al-Ismaili-1942-1956). Rumah ini telah dijadikan sebagai perpustakaan utama untuk kemudahan rujukan para pelajar dan guru yang dikenali sebagai Maktabah Maahad Muhammadi (P).Berhampiran rumah ini juga,tersergam indah sebuah masjid yang didirikan ditengah-tengah antara blok-blok asrama.Selain itu, terdapat sederetan bangunan lama (seperti rumah panjang)yang dulu merupakan bekas asrama.Kini,bangunan lama ini masih dikekalkan sebagai asrama pelajar(Asrama B),dua unit rumah warden,bilik Urusetia dan bilik tayangan.Di sekitar asrama ini,terdapat beberapa rumah atau pondok yang kecil untuk pengawal asrama,kantin dan garaj.Di sekeliling asrama ini telah dihiasi dengan taman-taman bunga dan tempat-tempat istirehat khusus untuk penghuni asrama ini.
 

 

Saiz minima paparan skrin yang sesuai untuk homepage ini ialah 800x600.
Penggunaan pelayar web Microsoft Internet Explorer v4 dan ke atas adalah di galakkan.


Hakcipta Terpelihara Oleh Unit IT SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat
Sebarang penerbitan semula atau sebagainya tanpa kebenaran adalah dilarang.
Design by Die (webmaster@smummp.zzn.com)