Make your own free website on Tripod.com

Ozon bumi telah semakin tipis. Mengikut kajian NASA terdapat beberapa tempat ozon bumi telah tembus seluas benua Amarika Syarikat. Hal ini telah memberikan kesan yang negetif kepada kehidupan manusia.

Bincangkan  kesan ľkesan penipisan lapisan ozon kepada hidupan dibumi.

 

Kehendak soalan

Calon-calon perlulah mengutarakan  5 isi kesan penipisan lapisan ozon. 

lapisan ozon.

 

Pengenalan

Ozon merupakan lapisan 3 molekul oksigen ( O).

Ia terletak sejauh 25-40 km daripada permukaan bumi.

Ia berfungsi untuk melindungi sinaran cahaya matahari yang merbahaya kepada manusia dan kehidupan bumi.

 

Isi karangan.

 

1. Membawa penyakit.

Sinaran cahaya matahari yang merbahaya masuk secara langsung.

Ia tidak ditapis oleh ozon . contoh sinaran lembayung.

Sinaran ini boleh mendatangkan penyakit katarak mata, kanser kulit dan merosakan sistem keimunan badan.

 

2.Pencairan ais.

 Ais dikutub utara dan selatan akan mencair.

 Aras air laut akan meningkat.

 Ia akan menengelamkan pulau-pulau yang kecil ,negeri yang rendah seperti      Belanda.

 

3.Hasil laut akan berkurangan.

Sinaran ultra ungu akan membunuh plankton didasar laut.

Plankton merupakan makanan kepada hidupan laut seperti ikan ,udang , ketam dll.

Apabila makanan berkurangan maka pembiakan hidupan laut berkurangan dan tangkapan nelayan juga  menurun.

 

4.Hasil pertanian berkurangan.

Sinaran ultra ungu mempengaruhi sistem pembiakan tumbuhan seperti pertumbuhan, bunga dan buah.

Pertumbuhan akan menjadi terbantut dan mengurangkan jumlah hasil keluaran petani.

Para  petani akan mengalami kerugian .

 

5.Pola iklim yang tidak menentu

             Tiupan angin monsun tidak menentu dan mengikut musim.

             Taburan hujan tidak sekata dan tetap.

             Mengakibatkan kemarau yang berpanjangan dan masalah kekurangan air.

 

Kesimpulan.

Ozom merupakan masalah sejagat.

Semua negara haruslah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini.

Undang-undang yang lebih ketat perlu untuk mengatasi masalah I ni.