Make your own free website on Tripod.com

HIJRAH RASULULLAH

Oleh : Ustaz Idham , Guru Pelataih UIA di MMP

 

1. Apakah maksud hijrah?

    Hijrah bermaksud perpindahan, iaitu perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari

    Mekah ke Madinah dengan izin Allah S.W.T.

 

2. Nyatakan kedudukan rasulullah dan umat Islam sebelum hijrah.

    Keadaan Rasulullah dan sahabat sebelum hijrah di Mekah menghadapi tentangan

    hebat daripada musyrikin Quraisy. Mereka telah menyeksa pengikut Islam dan 

    umat Islam dipulaukan. Kemuncaknya mereka ingin membunuh diri Rasulullah.

 

3. Terangkan 2 faktor penting mendorong Rasulullah berhijrah. 

    Dua faktor penting penghijrahan Rasulullah:

(a)    Nyawa Rasulullah terancam: setelah segala usaha untuk menyekat dakwah Islam gagal, musyrikin Mekah telah mengumpulkan pemuda yang gagah berani daripada setiap suku Quraisy untuk membunuh Rasulullah.

(b)   Penduduk Arab Yathrib telah menjemput Rasulullah berhijrah ke negerinya dan sanggup mencurahkan tat setia serta memberi perlindungan dan membantu Rasulullah  berdakwah di sana. Sebelum hijrah telah berlaku perjanjian Aqabah yang pertama dan kedua yang merupakan perintis kepada penghijrahan tersebut.

 

4. Jelaskan 3 perancangan rapi Rasulullah untuk keluar menuju ke madinah.

   1- Menyuruh Saidina Ali bin abi Talib menggantikan tempat tidurnya ketika

       kepungan pemuda quraisy.

   2- Mengajak Saidina abu Bakar untuk mengiringiya berhijrah dan mengatur   

       keperluan mereka bersembunyi  di Gua Thur.

   3- Mengupah Abdullah bin Uraiqat  sebagai juru pandu untuk perjalanan ke 

       Madinah.

 

5. Tuliskan  pengorbanan besar dua orang sahabat Rasulullah dalam peristiwa hijrah.

(a)    Saidina ali bin Abi Talib telah sanggup tidur di tempat Rasulullah, walaupun nyawanya terancam.

(b)    Saidina AbuBakar telah memijak ular dalam gua Thur semata-mata untuk menyelamatkan Rasulullah dan sentiasa mengutamakan diri Rasulullah ketika berjalan bersama-sama Baginda.

 

6.  Nyatakan proses termeterainya perjanjian Aqabah yang kedua  dan kandungan

     perjanjian.

     Perjanjian Aqabah kedua termeterai setelah tiga puluh tiga lelaki dan dua orang

     perempuan Yathrib datang ke Mekah  untuk menunaikan haji. Dua belas wakil

     mereka menemui Rasulullah  di Aqabah untuk mengajak baginda berhijrah ke

     sana. Dalam perjanjian tersebut mereka telah bersetuju :

1-     Untuk menjadikan rasulullah sebagai pemimpin mereka di Madinah.

2-     Sanggup menjaga keselamatan Baginda.

3-     Sanggup berjuang menegakkan islam.

4-     Sanggup memberi pertolongan dan kerjasama kepada Rawsulullah.

5-     Sanggup berkorban jiwa, tenaga dan harta untuk mempertahankan Islam.

 

7. Hijrah telah memberi banyak faedah kepada perkembangan Islam. Jelaskan tiga faedah kepada umat Islam daripada peristiwa tersebut.

(a)     Tertubuh negara Islam pertama di Madinah

(b)    Syiar Islam tersebar dengan lebih luas

(c)     Umat Islam terlepas dari ancaman musyrikin Mekah

 

8. Terangkan tiga pengajaran yang boleh diambil daripada semangat hijrah untuk 

    membina kekuatan umat Islam hari ini.

(a)    Umat Islam mestilah sanggup berkorban untuk berjuang pada jalan Allah.

(b)    Perpaduan dan persaudaraan yang kukuh adalah tunggak kejayaan .

(c)    Umat Islam perlu berhijrah dari perkara negatif  kepada positif untuk mencapai kejayaan.

 

9. Penduduk Yathrib (Madinah begitu bergembira menyambut ketibaan Rasulullah

dan orang-orang Islam ke sana. Terangkan kesan hijrah terhadap penduduk dan negara Madinah.

Kesan hijrah terhadap penduduk dan negara Madinah.

(a)    Penganut agama Islam semakin bertambah

(b)    Mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai

 

10. Maksud hijrah dalam erti yang luas ialah mengubah diri daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik.

Jelaskan empat perubahan sikap yang sewajarnya dilakukan oleh setiap pelajar Islam untuk memperolehi kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

(a)     Elakkan diri daripada membuang masa kepada menguruskan masa dengan perkara berfaedah.

(b)    Mengubah sikap malas kepada sikap rajin mengulangkaji pelajran di rumah.

(c)     Menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas.

(d)    Rajin bertanya kepada guru atau rakan sekiranya ada pelajaran yang kita tidak faham.