Make your own free website on Tripod.com

                  KORDINASI KIMIA DALAM BADAN

 

  1. Koordinasi ialah pengawalan gerak balas badan terhadap rangsangan dari dalam badan dan di persekitaran luar (bunyi).
  2. Koordinasi kimia dalam badan dikawal oleh sistem endokrin.
  3. sistem endokrin terdiri daripada kalenjar tanpa duktus, yang merembeskan hormon terus ke dalam salur darah.

 

Kalenjar endokrin dan Fungsinya

Kesan Kekurangan dan Kelebihan Hormon

Pituatari

-         mengawal aktiviti-aktiviti kalenjar lain dan bertindak sebagai kalenjar utama.

-         Mengawal kadar pertumbuhan badan.

 

Kelebihan : menyebabkan sifat kegergasian

Kekurangan : menyebabkan sifat kekerdilan

Tiroid

-         mengawal kadar metabolisme asas

-         mengawal perkembangan mental dan perkembangan fizikal

 

Kelebihan : kadar metabolisme meningkat, mata menonjol, sering gelisah.

Kekurangan :krenitisme pada kanak-kanak (pertumbuhan terbantut dan otak terencat), myxedema pada orang dewasa dan goiter.

Adrenal

-         membantu mengatasi keadaan cemas dengan mempercepatkan kadar denyutan jantung, kadar respirasi dan tekanan darah.

-         Meningkatkan kecekapan otot-otot.

-         Meningkatkan kepekatan gula dalam darah.

 

Kelebihan : Menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan kepekatan gula dalam darah tinggi meningkat.

Kekurangan :Menyebabkan penyakit Addison, iaitu kehilangan air dan garam berlebihan dari badan.

 

Pankreas

-         megawal aras gula dalam darah

-         merangsangkan hati bagi menguraikan glukosa

 

Kelebihan : aras gula dalam darah rendah dan boleh menyebabkan pengsan

Kekurangan :menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis)

Ovari

-         mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan

-         mengawal kitar haid

-         mengawal perkembangan ovari

-         merangsang kalenjar susu bagi menghasilkan susu

 

Kelebihan : bayi (fetus) gugur sebelum cukup bulan

Kekurangan : perkembangan ciri-ciri seks sekunder terencat, kitar haid terhenti atau tidak tetap.

Testis

-         mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki

-         merangsang perkembangan dan kematangan testis

 

Kelebihan : mengakibatkan sifat kelakian yang berlebihan

Kekurangan : perkembangan ciri-ciri seks terencat.