Make your own free website on Tripod.com

PENENTUAN SIFAT PADA MANUSIA

 

  1. Dalam sel soma manusia, terdapat 46 kromosom iaitu 44 autosom dan 2 kromosom seks, kromosom X dan kromosom Y.
  2. Autosom menentukan sifat-sifat pada manusia, manakala kromosom seks menentukan jantina seseorang.
  3. Gen ialah unit bahan baka dalam kromosom yang mengawal suatu sifat tertentu, misalnya warna kulit, warna mata dan cap ibu jari.
  4. Setiap kromosom membawa beribu-ribu gen yang mengawal sifatr-sifat berlainan.
  5. Mutasi gen merupakan perubahan yang mengejut pada struktur gen. Perubahan itu mungkin akan membawa kesan yang buruk kepada organisma seperti kecacatan ataupun sifat yang baru yang lebih baik.
  6. Gen dominan mengawal sifat-sifat yang dominan manakala gen resesif mengawal sifat-sifat resesif.
  7. Gen dominan adalah lebih kuat daripada gen resesif dan boleh menutupi sifat gen resesif.
  8. Ini bermakna jika gen dominan untuk sifat tinggi berpasangan dengan gen resesif untuk sifat kerdil, hanya sifat tinggi ditunjukkan.
  9. Sifat resesif hanya ditunjukkan jika kedua-dua gen yang mengawal sifat itu adalah gen resesif.
  10. Contoh : Jika mata hitam adalah sifat dominan dan mata biru ialah sifat resesif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Sifat-sifat perantaraan mungkin terhasil antara satu gen dominan dan satu gen resesif di mana sifat dominan tidak menutupi sepenuhnya sifat resesif. Keadaan ini disebut kedominan tidak lengkap. Contohnya rambut perang.

 

 

PENENTUAN SEKS PADA MANUSIA

 

  1. Kromosom seks iaitu kromosom X dan kromosom Y menentukan jantina seseorang itu.

 

    Lelaki   : 44 + XY

Perempuan     : 44 + XX

 

 

 

 

 

  1. Seks seseorang adalah ditentukan oleh jenis sperma yang bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna bapa yang menentukan seks seseorang anak.

 

 

 

 

 

KEJADIAN ANAK KEMBAR

 

  1. Kelahiran anak kembar terjadi apabila lebih dari satu zigot terbentuk selepas proses persenyawaan.
  2. Kembar seiras terjadi apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi dua menjadi dua zigot. Kedua-dua fetus dalam kandungan biasanya berkongsi plasenta yang sama.
  3. Anak-anak kembar seiras mempunyai sifat dan jantina yang serupa kerana mereka berasal daripada sperma dan ovum yang sama, maka mereka mengandungi gen-gen yang sama.
  4. Kembar tak seiras pula terjadi apabila 2 ovum disenyawakan oleh dua sperma yang berlainan untuk membentuk dua zigot. Sifat dan jantina mereka adalah berbeza.
  5. Kembar siam akan terjadi jika zigot membahagi dengan tidak sempurna menyebabkan anak-anak kembar yang terhasil itu bercantum pada bahagian-bahagian tertentu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                MUTASI

 

  1. Mutasi ialah perubahan spontan terhadap gen atau kromosm yang  menyebabkan perubahan pada sifat organisma seperti kecacatan fetus, kerencatan akal dan penyakit baka tertentu.
  2. Ianya wujud sebagai gen resesif.
  3. Terdapat dua jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.
  4. Mutasi gen menghasilkan gen yang baru menggantikan gen yang normal. Contoh sifat yang disebabkan oleh mutasi gen seperti albino, anemia sel sabit, hemofilia dan buta warna.
  5. Mutasi kromosom disebabkan oleh perubahan pada struktur susunan dan bil kromosom seperti sindrom down, sindrom klinefelter dan penyakit Turner.
  6. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan mutasi adalah seperti :

(i)       Suhu tinggi

(ii)      Sinar radioaktif

(iii)     Sinar Ultraungu

(iv)    Sinar-X

(v)     Bahan kimia tertentu

 

KEMAJUAN PENYELIDIKAN GENETIK

 

  1. Penyelidikan genetik telah memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan dan pertanian.
  2. Kajian genetik membolehkan para saintis mengenali pelbagai jenis penyakit baka dan menghasilkan ubat yang baru bagi manusia serta menghasilkan baka baru bagi haiwan ternakan dan tumbuhan.