Teknik Belajar di Universiti

You need a Java-capable web browser to see the applet.

 


PANDUAN TEKNIK BELAJAR

BELAJAR SECARA BERKESAN

Kepentingannya

Kajian mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi telah menunjukkan bahwa cara belajar yang tidak berkesan adalah masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan penuntut-penuntut.

Pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan suatu cara belajar yang sistematik dan berkesan. Cara belajar yang berkesan ini perlu bukan sahaja kepada mereka yang lemah tetapi juga dapat meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi lagi.

Amalan cara belajar yang tidak berkesan akan banyak membazirkan tenaga, masa dan perbelanjaan , hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang dilaburkan.

Cara Belajar

Cara belajar adalah bermula dari cara anda mengatur hidup anda. Seseorang pelajar perlu ada sistem dan peraturan yang baik dan sesuai dengan diri anda.

Pembahagian masa belajar amat penting bagi seseorang pelajar. Anda hendaklah merancang terlebih dahulu. Rancangkan masa dan kerja yang akan di laksanakan.

Pembahagian masa perlu dilakukan untuk mengulangkaji tiap-tiap matapelajaran, untuk menyiapkan diri bagi sesuatu ujian atau peperikasaan.

Penyusunan kerja yang baik perlu dilakukan. Seseorang pelajar hendaklah menepati massa kuliah dan tutorial. Jangan selalu ponteng kuliah dan tutorial.

Anda hendaklah berusaha untuk mendapatkan tempat belajar yang tidak banyak gangguan-gangguan.

Mencatat nota-nota dan menyusunnya dengan cara yang baik boleh menyelamatkan masa dan dapat digunakan untuk mengulangkaji dengan lebih berkesan. Nota-nota kuliah perlu disemak semula selepas setiap kuliah.

Kecepatan membaca dan memahami isi-isi penting dalam bacaan perlu diamalkan. Anda perlu berlatih membaca cepat dan mencatitkan isi-isi penting.

Persediaan untuk peperiksaan atau ujian perlu dilakukan dengan teratur.

Segala tugasan bertulis perlu disempurnakan pada masa yang ditetapkan.

PEMBAHAGIAN MASA

Faktor Kelemahan

Satu lagi faktor yang membawa kepada kelemahan akademik pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi ialah tidak membuat pembahagian dan peruntukan masa yang wajar. Pelajar-pealajar harus menggunakan masa-masa yang ada di kampus ini dengan cermat dan berfaedah.

Di bawah ini dicadangkan panduan bagi penjimatan masa-masa tersebut.

Jangan melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan sesuatu kerja. Misalnya tugasan bertulis yang diberi hendaklah diselesaikan segera. Janganlah disimpan tugasan tersebut hingga ke saat-saat akhir.

Mulakanlah persiapan untuk menghadapi peperiksaan baharu hendak belajar bersungguh-sungguh. Ini boleh menyebabkan anda merasa cemas.

Bahagikan masa untuk bermain, berehat, makan, sembahyang dan tidur. Perkara-perkara ini amat penting untuk kesihatan diri dan kestabilan emosi.

Siapkan alat-alat kelengkapan pelajar seperti pensel, pembaris, buku teks, nota-nota dan sebagainya dengan sempurna supaya tidak membuang masa.

Bersihkan meja dan bilik belajar dari benda-benda atau gambar-gambar yang boleh mengganggu tumpuan fikiran dari perkara yang dipelajari. Tidaklah berfaedah masa yang panjang dihabiskan untuk belajar sedangkan kesan pembelajaran itu amat sedikit.

Gunakanlah masa untuk belajar dengan sepenuhnya. Misalnya sementara menunggu pensyarah masuk ke dewan kuliah, sementara menunggu bas atau di dlam bas dan sebagainya.

KEHIDUPAN DI KAMPUS

Penyesuaian Diri.

Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka.

Berdikari

Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekata ia terpaksa menbuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputussan sendiri dan berdikari.

Cara Mengatasi Masalah Di Kampus

Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :

Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini.

Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama.

Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.

Dalam masalh penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.

Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.

Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.

Kumpulan pelajar di kampus adalah meruapakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.

SIKAP PELAJAR

Kepentingan

Sikap belajar yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu amat penting kerana ia akan mempengaruhi secara berkesan terhadap segala perbuatan dan pekerjaaannya yang berkaitan dengan akademik. Sikap belajar ini menggambarkan dua perkara. Pertama, sikap pelajar terhadap pensyarah-pensyarah dan universiti ini. Kedua , sikap pelajar terhadap pengajiannya di Universiti ini.

Sikap positif dan negatif

Sikap tersebut dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu sikap positif dan sikap negatif. Kajian-kajian yang pernah dijalankan di pusat-pusat pengajian tinggi telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang memiliki sikap positif itu lebih berjaya dalam kademiknya jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang bersikap negatif. Mereka yang bersikap negatif itu sering menumpukan fikirannya terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat disekelilingnya. Sebaliknya pelajar-pelajar yang bersikap positif itu lebih banyak berfikir dan bertindak secara positif. Mereka sanggup melupakan kelemahan-kelemahan yang terdapat disekelilingnya. Oleh yang demikian anda perlulah lebih banyak memiliki sikap positif.

Contoh Sikap Negatif

Di bawah ini dinyatakan beberapa contoh sikap negatif yang sering dimiliki oleh setengah-setengah pelajar.

Ada pelajar yang sering tidak puashati terhadap pensyarahnya. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan cara penyampaian bahasa, bahan dan sebagai lagi. Pelajar begini lebih banyak memikirkan kekuranagn yang terdapat pada pensyarahnya. Ini menyebabkan timbul rasa tawar hati untuk balajar bersungguh-sungguh. Akhirnya ia kurang memberi perhatian terhadap kuliah-kuliah. Perbuatan begini dengan mudah mendorong ia ke arah kegagalan dalam peperiksaannya.

Anda sepatutnya lebih banyak menanam dan memupuk sikap berbentuk positif. Misalnya, kita harus percaya bahawa tidak ada gading yang tidak retak. Tiap-tiap manusia ada kelemahannya. Jikalau anda menyelidiki diri anda sendiri tentu ada sedar kelemahan-kelemahan tersebut. Tetapi jangan kelemahan-kelemahan tersebut menyekat anda dari berusaha dan mencuba untuk mencapai kejayaan.

Pelajar yang memiliki sikap negatif yang banyak akan selalu dan sentiasa rasa tidak puas hati. Rasa tidak puas hati ini akan menghilangkan kekuatan dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Anda harus menumpukan lebih banyak masa , tenaga dan fikiran terhadap usaha-usaha kejayaan. Dalam hal ini sikap tolak ansur terhadap kelemahan-kelemahan manusia disekeliling anda perlulah anda berikan.

Anda harus percaya bahawa di dalam masyarakat universiti dan kampus mana sekalipun akan terdapat kelemahan-kelemahannya. Apa yang perlu bagi kita ialah mencuba mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Andainya kita gagal mendapatkan kepuasan, janganlah pula dikaitkan dengan usaha-usaha yang lain sehingga membantutkan kemajuan dan kejayaan yang boleh dicapai.

Sikap belajar yang positif boleh membantu anda dalam mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi. Sebaliknya pelajar-pelajar yang bersikap negatif sering mudah menyerah kalah apabila sahaja menghadapi kesulitan dan halangan-halangan.

PEMBACAAN

Ramai plajar yang sering menganggap bahawa pembacaan adalah suatu perkara yang mudah. Sebenarnya ia merupakan perkara yang penting dalam pembelajaran. Oleh yang demikian perlu diberi perhatian yang wajar. Dalam hal ini aspek yang selalu diperkatakan ialah 'teknik membaca cepat dan baik'. Membaca perlu menjadi amalan kepada pelajar-pelajar. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga dapat mengumpul isi-isi bacaan yang lebih banyak. Di sisni diperturunkan beberapa panduan membaca cepat dan cara membaca yang baik :-

Semasa membaca tidak perlu menggerakkan bibir atau membunyikan suara. Cara begini menyebabkan bacaan itu terlalu lambat. Mata anda susah bergerak ke hadapan dengan lebih pantas. Ini menyebabkan bacaan itu menjadi lambat.

Anda harus membaca ayat demi ayat seberapa yang boleh. Maksudnya janganlah membaca perkataan demi perkataan. Mata anda harus cepat melihat ayat atau baris di hadapan. Kepantasan ini akan diperolehi melalui amalan sehingga menjadi suatu tabiat dalam bacaan anda.

Semasa membaca anda haruslah menumpukan perhatian, fikiran yang sepenuh terhadap bacaan itu. Ini perlu dilakukan jikalau tidak anda akan terpaksa mengulangi ayat atau tidak membaca semula beberapa halaman yang telah dibaca.

Sebelum membaca sesebuah buku, eloklah terlebih dahulu dibaca tajuk-tajuk yang ditulis pada halaman kandungan buku itu. Ini perlu dilakukan supaya anda dapat mengetahui idea-idea secara keseluruhan yang terdapat dalam buku itu.

Jikalau membaca buku-buku teks anda perlu membuat catatan mengenai isi-isi penting. Ini dapat dilakukan selepas membaca beberapa perenggan , halaman atau bab dalam buku tersebut. Dengan cara ini mudahlah disemak dan diingati isi-isi penting ini, kadangkala anda tidak perlu membaca keseluruhan ayat yang tertulis. Memadai sahaja membaca rangkaian ayat isinya.

Setelah habis membaca , perlulah disemak dan disusun semula isi-isi yang penting yang telah dicatatkan itu. Jikalau perlu hendaklah ditulis semula dengan gaya bahasa sendiri supaya mudah diingati.

Setengah bacaan dilakukan kerana berpandukan soalan yang dikemukakan lebih dahulu. Oleh itu pembaca menumpukan bacaannya untuk mencari isi-isi atau jawaban kepada soalan yang tadi. Cara ini juga boleh membantu mempercepatkan bacaan.

MENGAMBIL PEPERIKSAAN

Peperiksaan merupakan perkara penting kepada setiap orang pelajar. Ia digunakan sebagai ukuran kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar. Untuk mencapai suatu peringkat pencapaian yang memuaskan, anda perlu mempunyai panduan-panduan tertentu dalam menjawab sebarang soalan-soalan peperiksaan. Sebelum menghadapi hari peperiksaan, anda perlu membuat persediaan yang cukup. Di sini dinyatakan beberapa panduan.

6.1 Persediaan

6.1.1 Mengulangkaji dengan cermat semua matapelajaran. Nota-nota ringkas perlu dibuat mengenai isi-isi penting yang dibaca.

6..1.2 Perlu dibuat jadual-ulangkaji bagi tiap-tiap matapelajaran. Ini adalah untuk mempastikan bahawa peruntukan masa yang wajar akan diberikan untuk semua matapelajaran.

6.1.3 Dalam masa membuat persediaan adalah juga amat penting menjaga kesihatan anda. Masa untuk berehat, makanan yang sempurna dan tidur yang cukup, perlulah diawasi.

6.1.4 Perlu juga menyemak contoh-contoh soalan yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawaban yang diperlukan.

6.1.5 Terdapat perbezaan dalam menjawab soalan objektif dan subjektif. Soalan objektif memerlukan fahaman yang mendalam, idea yang tepat dan benar. Dalam menjawab soalan subjektif , anda perlu mengetahui teknik menjawab, berhujah, berbincang dan memberi contoh yang tepat dengan gaya bahasa yang baik dan ayat yang padat.

6.1. 6 Anda perlu memiliki sikap yang positif terhadap peperiksaan. Hindarkan sikap negatif seperti takut, rasa cemas dan sebagainya. Hadapilah dengan perasaan tenang dan mempunyai penuh keyakinan diri.

6.2 Menjawab Peperiksaan

6.2.1 Bacalah semua soalan yang disediakan dalam kertas soalan peperiksaan.

6.2.2 Baca arahan yang tertulis bahagian soalan tersebut. Pastikan bilangan soalan yang perlu dijawab. Soalan wajib jangan ditinggalkan.

Pembahagian masa untuk tiap-tiap soalan perlu dibuat.
Mulakan menjawab soalan yang anda paling yakin dan soalan yang difikirkan mudah.
Jawablah apa yang disoal. Tidak perlu bahasa yang berbunga-bunga dan meleret-leret.
Lebih baik tunjukkan isi-isi penting dengan penggunaan nombor atau menggaris pada isi tersebut. Cara ini boleh membantu pemeriksa menumpukan perhatian kepada isi-isi penting dalam jawaban anda.
Simpan sedikit masa untuk menyemak semua jawaban anda.

Sebelum menyerahkan jawaban anda kepada pengawas peperiksaan, semaklah nombor soalan dan angka giliran anda pada kertas jawaban tersebut.

MENDAPATKAN PERTOLONGAN DAN BERSIKAP MENOLONG

Sikap bantu membantu memang telah lama menjadi ciri penting dalam masyarakat kita. Semangat ini amat baik diamalkan di kampus. Sebagai seorang pelajar baru, anda.sentiasa memerlukan bantuan orang-orang lain sebelum anda dapat berdikari. Pensyarah-pensyarah sentiasa bersedia memberikan segala bantuan yang dapat diperlukan terutama dalam bidang akademik. Ini adalah menjadi tugas mereka. Tugas anda ialah datang menemui mereka dengan masalah yang anda hadapi. Anda tidak perlu bersifat pemalu dalam hal ini. Anggaplah pensyarah-pensyarah anda sebagai bapa atau saudara tua yang sudah berpengalaman. Mereka juga pernah merasakan apa yang anda sedang rasai sekarang.

Dalam hal peraturan dan pentadbiran universiti ini anda harus temui pengawai-pengawai tadbir, pendaftar bahkan Naib Canselor sendiri. Mereka pasti bersedia memberi penjelasan atau menolong mengatasi masalah-maslah yang anda sedang hadapi.

Rujukan

Anda tidaklah boleh semata-mata bergantung kepada apa yang dikuliahkan oleh ppenyarah-pensyarah sahaja. Cara belajar di sekolah tidaklah sesuai lagi digunakan di universiti. Sebenarnya anda boleh mendapat pengetahuan lebih daripada apa yang dikuliahkan dari buku-buku. Selepas kuliah anda hendaklah menghabiskan masa yang banyak dalam perpustakaan. Di sana anda dapat membaca buku mengenai tajuk-tajuk yang telah dikuliahkan oleh pensyarah.

Untuk memudahkan anda memilih buku-buku rujukan yang sesuai, anda perlu bertanyakan pensyarah-pensyarah berkenaan. Anda harus latihkan diri anda sentiasa bergurukan buku-buku. Sekiranya terdapat sebarang kerumitan untuk memahaminya, bolehlah meminta bantuan dari pensyarah. Inilah cara belajar di universiti.`

Mendapatkan Pertolongan.

Ada kalanya seseorang pelajar terpaksa mendapatkan pertolongan dari orang lain. Pernah dikatakan iaitu seorang pelajar yang baik itu boleh berdikari, walau bagaimanapun, sesuatu rancangan dan cara-cara belajar yang telah dibincangkan denagan orang lain yang berpengalaman adalah lebih baik dan berkesan lagi. Setengah pertolongan-pertolongan yang boleh difikirkan adalah seperti berikut.

Pertolongan dari kumpulan sebaya.

Ini dirasakan amatlah perlu kepada pelajar-pelajar. Bukanlah semua perkara atau keperluan dapat kita atasi sendiri. Sungguhpun semanagt berdikari itu penting ada kepada pelajar-pelajar tetapi fikiran dan cadangan dari kumpulan sebaya boleh menambah dan melicinkan lagi sesuatu tugas atau rancangan kerja yang telah kita susun. Dalam masa mempelajari sesuatu tajuk pelajaran yang berkaitan dengan kursus , perbincangan dan pertolongan dari rakan sebaya sangatlah menguntungkan.

Pertolongan dari pensyarah-pensyarah

Pensyarah-pensyarah di UPM ini memang sedia memberi pertolongan kepada penuntut-penuntut. Sesuatu perkara berkaitan dengan sesuatu kursus yang diambil, syarahan yang diikutii ataupun kerja kursus yang ditugaskan kepada pelajar-pelajar adalah digalakkan berbincang dengan pensyarah-pensyarah yang berkenaan. Perkara seperti ini mudah dapat diaturkan jika pensyarah yang berkenaan diberitahu lebih awal.

Pertolongan dari penasihat-penasihat

Ada kalanya pelajar-pelajar merasa ragu-ragu mengenai kursus yang diikuti di UPM ini. Perkara seperti ini kadangkala boleh mengganggu fikiran dan keyakinan pelajar. Masalah ini boleh diatasi dengan mendapatkan maklumat lanjut dari penasihat-penasihat fakulti atau pegawai-pegawai yang telah ditugaskan mengenai perkara ini.

Pertolongan dari doktor perubatan

Pelajaran akan terganggu jika badan tidak sihat. Sebuah kereta tidak dapat berjalan dengan baik jika ada pesawatnya yang rosak. Di UPM ini memang ada doktor-doktor perubatan yang sedia menolong dan menasihatkan pelajr-pelajar dalam perkara ini. Anda bolehlah ,menemui mereka bila-bila masa yang dikehendaki.

LUPAAN DAN INGATAN

Lupaan dan ingatan adalah dua perkara yang sering dikaitkan dengan proses pembelajaran. Kedua-duanya menjadi suautu masalah rumit kepada kebanyakan pelajar. Mereka belajar tetapi tidak dapat mengeluarkannya kembali secara lisan atau tulisan kerana tidak mengingatinya. Sebenarnya apa yang telah dipelajari itu tidaklah dapat diingati kesemuanya. Kadang-kadang tidak sampaipun separuh daripada isi bacaannya yang dapat diingati. Kadang-kadang belumpun habis tajuk yang dibaca , ia sudah lupa isi bacaan pada bahagian permulaan tadi.

Lupaan

Apakah yang menyebabkan kita lupa. Ada baiknya jikalau kita menjadi lupa. Antaranya ialah:

Gangguan

Kita menjadi lupa kerana banyak gangguan. Maksudnya selepas kita membaca atau mendengar sesuatu, kemudiannya kita membaca atau mendengar pula yang lain maka perkara yang sebelum itu akan terluput dari ingatan.

Tumpuan fikiran

Satu lagi kemungkinan seseorang itu cepat lupa ialah sewaktu ia membaca atau mendengar sesuatu ketika itu tumpuan perhatiannya tidak sepenuh kepada yang didengarnya. Ini menyebabkan perkara tersebut tidak dpat dipertahankan lebih lama diingatannya.

Faktor masa

Sesuatu yang telah anda pelajari beberapa bulan yang lampau mungkin tidak dapat diingati dengan sepenuhnya hinggan hari ini. Ini disebabkan oleh lamanya masa yang telah berlalu. Dalam tempoh itu banyak perkara-perkara baru yang anda pelajari itu telah mengambil tempat dalam ingatan sehingga yang sedia ada telah luput dari ingatan anda.

Ingatan

Untuk mengatasi masalah lupaan anda perlu mempunyai beberapa panduan. Memanglah jikalau boleh kita mahukan segala yang dipelajari itu tersimpan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya. Tetapi ini tidak mungkin berlaku. Walau bagaimanapun panduan dibawah ini dapat menolong anda mengingati sesuatu dengan lebih lama.

Minat.

Ahli-ahli psikologi bersetuju bahawa minat memainkan peranan penting dalam pelajaran. Seseorang pelajar mestilah mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu. Ia tidak akan dapat mengingati perkara yang dipelajari sekiranya ia tidak berminat dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian anda mestilah cuba meninggalkan minat terhadap perkara yang sedang anda pelajari.

Pilihan

Amatlah mustahil bagi seseorang untuk mengingati secara perinci akan semua isi-isi penting dalam satu tajuk yang telah dipelajarinya. Oleh yang demikian, ia perlu memilih isi-isi penting sahaja. Isi-isi kecil tidak perlu dibimbangkan. Cara ini lebih mudah untuk mengingati isi-isi tersebut. Misalnya semasa mengambil nota-nota kuliah , janganlah anda cuba mencatatkan setiap perkataan yang diucapkan oleh pensyarah.

Tumpuan fikiran

Anda perlu memberikan tumpuan fikiran yang sepenuh terhadap perkara yang dibaca atau yang dikuliahkan. Tanpa tumpuan fikiran sepenuhnya , anda tidak mungkin dapat mengingati idea-idea penting.

Pemahaman

Anda mesti terlebih dahulu memahami idea atau konsep perkara yang dipelajari. Fahaman yang mendalam terhadap perkara tersebut perlu diperolehi terlebih dahulu. Jikalau tidak mustahil anda dapat mengingati isi-isi penting dalam perkara-perkara yang dipelajari.

Ulangan

Tidak ada prinsip yang lebih penting untuk mengingati sesuatu melainkan melalui ulangan. Anda mesti mengulang-ulang sesuatu yang ingin diingati . Ulangan ini boleh dilakukan melalui bacaan, percakapan , perbincangan atau penulisan.

Assosiasi

Kita dapat mengingati sesuatu dengan mudah sekiranya dapat mengaitkan perkara tersebut dengan perkara atau idea yang ada kaitan dengannya. Misalnya , cuba fikirkan latarbelakang, kejadian nya atau perkara yang anda hendak ingati itu. Cara assosiasi ini dapat membantu ingatan anda.

Tubi Belajar ( Overlearning)

Dalam proses pembelajaran, terdapat peringkat-peringakat tertentu. Peringkat pertama ialah mendengar atau mengetahui perkara tersebut buat pertama kali.

Peringkat kedua dapat memahaminya, peringkat ketiga dapat menggunakannya dan peringkat terakhir mencipta yang baru, berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang baru didapati.

Proses ingatan juga hampir sama. Anda hendaklah membaca dan membaca beberapa kali, mengulang dan mengulangi lagi sehingga perkara tersebut benar-benar terlekat dalam ingatan anda. Ini suatu cara mengekalkannya dalam ingatan dengan lebih lama.

 



Disalin semula drpd isi kandungan Buku Panduan Teknik Belajar yang diedarkan oleh Unit Kaunseling , Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia.
28 Januari 1985

| kembali ke Halaman MMP |