Make your own free website on Tripod.com

Cerpen : Dia

You need a Java-capable web browser to see the applet.

 


Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga aku ke tempat pengajianku yang baru. Suasana pagi di sekolah ini arnat segar.

'Mungkin aku orang yang pertama mendattar hari ini. " Fikirku.

Sedang aku duduk berehat, aku terpandang seorang yang turut serta mcndaftar pada hari itu. Tidak! Tidak mungkin itu dia. Dia telah lama tiada. Dia yang kumaksudkan ialah Liza. Sejak kecil lagi, aku telah mengenalinya. Dia kuanggap seperti adikku sendiri. Kami selalu belajar dan bermain hersama-sama .sehinggalah malang itu menimpanya. Dia telah pergi selarna- lamanya akibat kelalaian ayahnya sendiri. " Harapnya gadis yang kulihat tadi sekelas denganku," Fikirku sambil tersenyum. Sebulan berlalu.... " Lin. kau dah habiskan kerja Prof. Zack?." Tanyaku. "Belum lagi, tengah boring ni." jawab Lin agak malas. Aku pun mengambil keputusan untuk beredar. Langkahku mati apabila gadis genit bernama Haslinda memanggilku semula.  "Min, kau kenal tak 'Matriks Girl' nama Zizie?," tanyanya perlahan.

" Tak kenal pun. Setahu aku tak ada orang nama macam tu, kenapa?. " tanyaku sambil mengerutkan dahi.

 " Ni, surat yang Lin terima dari dia. Dia suruh pakai tudunglah,tutup auratlah. Eee..boring betul. Tudung pink ni, dia yang hadiahkan," katanya sarnbil membuka kotak yang berada di tangannya.

“ Eh, cantiknya tudung ni, kenapalah aku tak jadi kau, senang-senang saja dapat hadiah." kataku .sambil tertawa kecil.

" Hey, orang serius ni, main-main pulak. Tapi janji ya, jangan cerita pada orang lain," katanya agak perlahan.

Aku tersenyum tanda mengerti. Hari berlalu dengan pantas. Peperiksaan semakin hampir. Semua pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran kecuali seorang pelajar yang kelihatan murung di penjuru belakang kelas.

" Lin, tak study ke? Exam dah dekat," nasihatku kepada Haslinda.

" Macam mana nak belajar? Zizie asyik ganggu saja. Mana tahan," dengus Haslinda sambil mengoyak-ngoyak kertas di tangannya.

Aku menjadi serba salah. Aku tahu siapa Zizie. Tapi, aku tidak boleh pecah rahsia. Aku sudah berjanji tapi peperiksaan semakin hampir .Kalau begini keadaan Haslinda, mungkin dia tidak dapat menjejakkan kakinya ke universiti. Aku cuba memperbaiki keadaan.

" Sabarlah sikit, buruk sangat muka Lin bila marah. Kita study sama-sama, okey."

" Malas!" jawabnya sepatah.

" Takpelah. Min tahu siapalah Min ni," jiwaku seakan merajuk.

" Hm...sedar pun "

Berubah air mukaku apabila mendengar jawapannya. Namun dia cepat sedar.

" Maafkan Lin. Lin tak sengaja."

Lega hatiku mendengar jawapannya itu. Setelah kelas persediaan pada malam itu tamat, aku pulang ke blok Matriks Perempuan yang terletak agak jauh dari blok akademik. Tiba-tiba aku rasa gelisah. Ada sesuatu yang tak kena. Buku Hitam? Eh, buku itu tiada padaku. Alamak, habislah aku. Buku itu sangat penting bagiku. Mungkin tertukar dengan buku-buku Haslinda ketika berkemas-kemas tadi. Ah! Apa yang perlu aku lakukan? Aku pun tak tahu. Malarn itu aku tidur tidak selena hari-hari yang lalu.

Ah! lega rasanya. Exam sudah tamat. Jamuan pada malam ini menandakan tamat perjuangan aku di sekolah ini. Entah bila aku akan menjejakkan kakiku di sini. Sesungguhpun aku keluar bukan sebagai 'Old Girl', tetapi aku berbangga dengan jasa sekolah ini kepada aku.

Tiba-tiba lamunanku terhenti. 'pap' Bahuku ditepuk orang. Aku menoleh ke belakang, dan…

"Surprise" Bagaimana? Okey tak?"

"Oh my...you look great. Bagaimana saudari boleh berpakaian begini?" aku bertanya kepada Lin bagaikan seorang wartawan.

"Mulai sekarang, Lin akan tutup aurat. Lin sedar, dulu Lin salah tapi 'Dia' tak sepatutnya buat Lin macam tu," Haslinda merenung tepat ke mukaku.

Wajahnya yang tadi ceria dengan sekelip mata berubah menjadi masam.Aku tunduk. Aku tahu siapa 'Dia' yang dimaksudkan oleh Haslinda. Kemudian aku mengangkat muka dan merenung tepat ke matanya. Aku kaku sejenak.

"Min, Min. Kenapa pandang Lin macam tu, takutlah," kata Haslinda sambil menepuk bahuku dan membuatkan ayat itu terhambur keluar dari mulutku.

"Lin masih marahkan Zizie?"

"Mestilah. Siapa tak marah kacau orang aje. Nasib baiklah ada....`Zizie'." Aku memotong sebelum dia sempat menghabiskan percakapannya.

"Jadi kau ni Zizie dalam surat tu?"Tanya Haslinda dengan wajah ragu-ragu.

"Ya..Aku!ah Zizie. Min minta maaf atas perbuatan Min," kataku perlahan.

"Senangnya kau minta maaf . Kau tak tahu yang kau menyusahkan aku. Biarlah apa nak jadi pun jadilah. Sampai matipun l.in takkan maafkan Min!" Jerkah gadis itu.

Sungguh tidak kusangka, sungguh begitu garang sekali dia. Nampaknya aku telah terjatuh ke dalam lubang yang kugali scndiri. Namun akhirnya dapat juga menerangkan perkara yang sebenarnya terjadi.

" Maafkan aku kerana tidak berterus- terang kepada kau awal-awal lagi. Bukan aku sengaja tetapi... aku anggap kau seperti 'Dia'. Emm... wajah Lin saling tak tumpah dengan wajahnya, perangai pun..."

lt Siapa 'Dia"? tanya Haslinda dengan penuh kcmarahan.

"Dia". Seseorang yang pernah kuanggap macam adikku sendiri. Tak perlulah kau ambil tahu.

Kalau kau tahu pun apa gunanya, dia sudah meninggal dunia," jawabku sambil mengimbas kembali wajahnya.

" Jadi, kenapa kau samakan aku dengan orang yang sudah mati? Kenapa?" tanya Haslinda kepadaku.

Sakit telingaku mendengar kata-katanya. Ingin saja aku melayangkan tanganku kemukanya. Namun, aku perlu sabar dalam mentarbiah anak orang kaya yang seorang ini. Bukan perkara yang mudah. Bak kata orang,`Semua orang boleh belajar tapi tak semua dapat mengajar'. Sabar sajalah. Pertanyaan Haslinda terbuku begitu sahaja. Tiada jawapan yang mampu kuberikan kepadanya. Aku hanya mampu tunduk melihat lantai dewan yang mudah hilang sinamya. Tidak berani aku melawan pandangannya. Tapi yang pasti dia menyembunyikan sesuatu daripadaku.

Tiba-tiba aku dengar Haslinda terlawa perlahan-lahan dan akhimya bertambah kuat. Aku mengangkat mukaku. Kaget sehentar tadi, gadis berlesung pipit ini kelihatan bcgitu marah, Sekarang dia ketawa pula. Akhirnya aku mendapat jawapan dari mulutnya sendiri.

"Sebenarnya Lin dah tahu siapa Zizie tu. Alah! Present dari I." katanya sambil menghulurkan sebuah buku hitam  kepadaku.

"Eh, mana Lin dapat buku ni? Puas Min cari, ingatkan dah hilang," jawabku spontan walaupun kandungan ibu berbahaya jika dibaca oleh anak gadis yang berdiri di hadapanku ini.

Pertanyaanku dijawab oleh Haslinda dengan nada bcrseloroh.

" Ala..kau tertinggal kat atas meja aku masa kila study sama- sama dulu. Lin dah baca sikitje. Sorry ye."

Ah! Malunya! Mukaku merah padam. Entah dimana aku sorok. Akhimya dia tahu juga siapa Zizie tapi aku dapat rasakan yang Liza telah hadir semula dalam hidupku

**********************************************************

"Min, bangun. Kau tak nak bersiap-siap ke? Pukul lapan malam nanti mak sampai," suara Lily mengejutkan aku dari tidur.

"Dah lama ke aku tidur?"tanyaku.

"Memang lama pun. 4 jam rasanya,"jawab Lily pendek.

Aku yang tadinya mamai terus segar apabila teringatkan barang kesayanganku.

Ah'Buku itu masih ada di atas meja di sebelah katilku. Buku hitam. Aku mencapai buku itu. Kuselak satu persatu muka surat yang ada di dalamnya sehingga ke satu bahagian. Kubaca dan kukutip semula buku itu. Segaris senyuman terukir di mukaku.

10 Februari 1999. 5.35 pelang. Getting. Jumpa di sana ya! D.I.A.

 

 

 

| kembali ke Halaman MMP |