Make your own free website on Tripod.com

Cerpen : Dia

You need a Java-capable web browser to see the applet.

 


CAMAR PULANG KE PELABUHAN

"Jangan lupakan Tok Wan ya sayang. Bila di sana nanti, jagalah diri Uni baik-baik ya, jangan tingga! sembahyang dan jangan suka menyusahkan orang lain." Pesan nenek dalam sayu.

Kata-kata itu masih pekat dalam ingatanku. Itulah saat paling sayu dan pilu dalam kamus hidupku. Hanya aku, nenek dan Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan naluri kami. Betapa aku terpaksa merelakan perpisahan ini walaupun amat pedih kurasakan demi memenuhi kemahuan orang tuaku.

Semenjak aku mengenali kehidupan ini, neneklah merupakan pelindung dan tempat untukku mencedok kasih sayang. Kasih nenek padaku melebihi kasih Umi dan Babaku sendiri. Nenek terlalu manjakan aku. Menurut cerita nenek, aku dipelihara olehnya sewaktu aku berumur sebelas bulan. Umi telah menyerahkan aku kepada nenek sebab tiada siapa yang akan menjagaku kerana Umi telah melahirkan seorang lagi anak perempuan. Aku adalah anak sulong yang dilahirkan pada awal tahun. Walaupun Yuzie adikku tapi badannya lebih besar dariku. Sejak Yuzie dilahirkan aku dipelihara oleh nenek di kampung.

Semasa aku dipelihara oleh nenek. Umi dan Baba jarang sekali menjengukku. Paling kerap mereka mengunjungiku hanya tiga kali dalam setahun. Ini menyebabkan aku merasakan Umi dan Baba seperti orang asing dalam hidupku. Aku lebih mengenali nenek dan Pak Su daripada orang tuaku dan adik-adikku sendiri. Sewaktu aku masih kecil, aku tidak pernah menyoal diriku tentang kasih sayang ibu bapaku tetapi setelah aku dewasa, aku merasakan diri ini telah diabaikan dan disingkirkan dari hak aku sebagai seorang anak. Berbanding dengan adik-adikku yang lain, aku hanya mendapat wang untuk perbelanjaan hidupku di kampung. selain dari itu aku tidak memperolehi apa-apa dari orang tuaku, Aku merasakan diriku masih beruntung kerana mempunyai nenek yang telah mencurahkah kasih sayang yang melimpah ruah untukku.

Sampai hati Umi dan Baba memisahkan kami setelah sekian lama aku dibelai dan ditatang oleh nenek.Tiada lagi tempat untukku berteduh dan bermanja. Alasan Baba sungguh mudah iaitu untuk masa depanku. Aku dikehendaki tinggal dengan Umi dan Baba di Kuala Lumpur hanya untuk mencerahkan masa depanku, supaya aku berjaya dengan cemeriang dalam SPM. Sudah lupakah Baba tentang kejayaanku dalam SRP? Aku tetap juga berjaya walaupun hidupku tidak semewah adik-adikku.

Aku merasa janggal hidup dengan keluargaku sendiri. Aku merasakan seolah-olah orang asing dalam keluargaku. Hanya adikku Arman dan Asyraf sahaja yang mengisi sepi dan menghiburkan hatiku. Yuzie sibuk dengan kawan-kawannya begitu juga dengan Umi dan Baba. Cara hidupku juga bertentangan dengan kehendak Umi dan Yuzie. Pergaulanku tidak moden, pakaianku tidak 'up to date', mungkin sebab itulah Yuzie tidak serasi denganku. Dia lebih lincah dan bergaya, Dia malu mengaku aku sebagai kakaknya di depan kawan-kawannya.

Aku dimasukkan ke sekolah yang sama dengan tempat Yuzie belajar. Sekolah ini hanya untuk mereka yang mampu sahaja. Kebanyakan pelajar di sini terdiri daripada anak-anak hartawan dan orang-orang yang berpangkat. Kebanyakan pelajar-pelajar perempuan yang lain memakai skirt termasuklah Yuzie. Baju kurung hanya dipakai oleh segelintir pelajar sahaja. Patutlah sewaktu aku diperkenalkan di dalam kelas, kawan-kawan memandang semacam. Aku tidak sekelas dengan Yuzie. Aku di kelas sastera manakala Yuzie di kelas sains. Keputusan kami sama sahaja, tetapi kerana di sekolah dahulu tiada aliran sains, maka aku dimasukkan ke aliran sastera sewaktu di tingkatan empat dahulu.

Di sekolah tidak ramai yang ingin berkawan denganku. Hanya Yati dan Ain saja yang menjadi kawan karibku, yang lain nampaknya mahu mengasingkan aku. Semenjak Yatie dan Ain berkawan denganku. mereka nampaknya mula berjinak-jinak dengan baju kurung dan ska-f. Yuzie pula selalu mengelakkan dirinya dari bertembung denganku di sekolah. Biarlah, itu semua tak penting bagiku. Lagipun mereka bukannya serasi denganku.

Di rumah, Umi dan Baba jarang bercakap denganku, begitu juga dengan Yuzie. Mungkin Umi kecil hati aku menolak permintaannya- Aku menolak untuk memakai skirt dan seluar panjang yang dibelinya untuk dipakai sewaktu kami pergi berkelah. Aku hanya memakai pakaian itu di rumah sahaja. Aku juga ada menegur Umi dan Yuzie supaya menutup aurat. Semenjak dari hari itu Umi jarang sekali bercakap denganku kecuali perkara yang penting sahaja.

Baba selalu memuji kepintaran Yuzie dalam pelajaran depan kawan-kawannya dan selalu bertanyakan tentang pelajaran Yuzie. Baba ada juga bertanyakan tentang palajaranku tapi acuh tak acuh sahaja, mungkin hanya untuk mengambil hatiku. Baba tidak suka aku memilih aliran sastera. Baba mahu aku dan Yuzie menjadi doktor.

Aku masih ingat lagi peristiwa di mana aku dimarahi oleh Umi dan Baba kerana bertengkar dengan Yuzie. Umi menyebelahi Yuzie dan memarahiku tanpa terlebih dahulu dan tidak memberi peluang untukku membela diri.

"Along jangan ngada-ngada. Along ingat Along baik sangat. Along tahu tak buku ini Yuzie pinjam dari Noni. Buku ni bukannya ada di pasaran. Buku ni kakak Noni yang bawa balik dari Amerika." Tengking Yuzie padaku sambil menghempas buku itu dengan kuat di depanku.

"Along tak sengaja .,." Belum sempat aku menjelaskan ... "Yunie, nampaknya kau sengaja cari pasal. Umi tahu kau bencikan adik kau tu."

"Tengoklah Umi. Buku fesyen ni dah bertukar corak. Kalau nak sakitkan hati aku pun janganlah rosakkan harta benda orang lain. Benci! mengapa kau selalu sakitkan hati aku hah??? "Tempik Yuzie sambil berlari ke biliknya.

"Yunie. Umi mahu denda kau. Umi tahu Yunie sengajakan, Yunie sakit hati dengan Yuziekan?" Tengking Umi tanpa usul periksa.

“Tak Umi, Yunie tak sengaja. Umi tak boleh tuduh macam tu." Aku cuba membela diri.

"Sudah! sudah! berani nak lawan cakap Umi ya, sudah besar kepala, maklumlah semua yang ada di rumah ni tak sesuai dengan Yunie kan?"

"Umi tak adil." Sampukku tanpa disedari.

"Jangan biadap Yunie !" Umi merenungku tajam.

"Apa yang ribut ni?" Tiba-tiba Baba muncul dari bilik bacaannya. Tengoklah, anak awak yang alim ni, menyusahkan saja. Apa yang kita buat

semuanya mahu dilawan." Adu Umi pada Baba.

"Tapi Baba ...”

 "Sudahlah Yunie, pergi masuk bilik." Tengking Baba padaku.

Aku terus berlari ke bilikku dan menangis sepuas-puasnya tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Aku tahu Umi sengaja cari kesalahanku untuk memarahiku. Tak patut aku diperlakukan begini. Aku tahu buku fesyen itu adalah majalah kesayangan Yuzie, tapi aku tak sengaja mengotorinya. Sedang aku menatang kopi untuk Baba tiba-tiba Arman datang melanggarku. Apalagi habislah tumpah kopi yang kubawa ke majalah Yuzie yang terletak di atas meja yang berhampiran.

Semenjak hari itu, Umi seolah-olah sengaja mencari silapku untuk memarahinya. Semua yang aku lakukan tak enak di matanya. Yuzie pula sudah tidak mahu bertegur sapa denganku kecuali terpaksa. Baba pula tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Dunia ini aku rasakan semakin menghimpitku. Aku lemas dalam lautan kedukaan.

Pada cuti semesta pertama, aku pulang ke kampung menziarahi nenek. Terubat sudah segala rinduku pada nenek. Nenek yang lama mengenaliku mengetahui akan segala penderitaan yang kutanggung. Walaupun aku tidak menceritakannya tetapi nenek memang arif dengan keadaanku. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, nenek banyak memberi perangsang untukku dan semangatku agar  tabah mengharungi segala liku-liku hidup ini.

"Uni hendaklah tabah dalam menghadapi segala kepahitan hidup.Orang yang mudah mengaku kalah adalah orang yang lemah. Uni harus ingat setiap kesukaran itu ada hikmat disebaliknya. Uni hendaklah buktikan pada Tok Wan bahawa Uni adalah perempuan yang cekal dan berani. Kejayaan Uni dalam SPM adalah merupakan kebahagiaan bagi Tok Wan."

 Itulah nasihat yang diberikan oleh nenek dan ianya merupakan pendorong bagiku untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi dan mengenepikan segala penderitaan yang kutanggung.

Setelah menghadapi peperiksaan SPM yang mencabar itu dengan tenang dan bersemangat, aku pulang ke kampung untuk merubat segala sisa kelukaan dan melepaskan rindu dendamku pada nenek tersayang. Kepulanganku adalah seumpama seekor camar yang pulang ke pelabuhan setetah mengharungi ribut dan badai. Yuzie pula telah pergi bercuti ke Eropah bersama dengan rombongan kawan-kawannya untuk melepaskan tension.

"Uni, pukul berapa bas yang kita naik ni akan sampai ke Kuala Lumpur."

"Aa . .. apa Tok Wan? Agaknya lebih kurang pukul tujuh pagi." Pertanyaan nenek telah memutuskan segera kenangan silamku,

"Hai cucu TokWan ni kuat berangan nampaknya. Kalau nak ke Universitlpun biarlah tahu keputusan SPMnya dulu." Usik nenekku.

“Tak adalah Tok Wan, Uni bukan berangan tapi Uni takut kalau-kalau impian tak tercapai. Hai tak sabar rasanya nak terima result."

"Sudahlah Uni. Berdoalah kepada Allah banyak-banyak semoga berjaya. Kalau tak tahan sabar, sampai nanti terustah ke sekolah."

Pagi ini akan berakhirnya sebuah penantian buatku dan juga buat semua rakan-rakan seperjuanganku. Selepas bersarapan, aku, Yuzie, Tok Wan, Umi dan Baba ke sekolah untuk melihat keputusan SPM kami. Hanya selewat yang mampu aku lafazkan dalam hati untuk meredakan degupan jantungku.

"Ayunie, tahniah dari cikgu, kejayaan yang cemerlang ini merupakan hadiah yang berharga dalam hidup awak." Kata cikgu Kamil sambil menghulurkan slip keputusan peperiksaan SPM padaku.

Aku sungguh tak percaya dengan keputusan yang aku terima di luar dugaanku. Alhamdulillah ...

Mataku mencari-cari nenek dan Yuzie, tiba-tiba ku terdengar esakan hiba di belakangku.

"Oh, Yuzie rupanya, mengapa jadi begini???"

 

 

 

 

 

 

| kembali ke Halaman MMP |