Make your own free website on Tripod.com

Puisi

You need a Java-capable web browser to see the applet.

 


LALU TANGANPUN MELAMBAI
DI SINI….
Aku,kau. kau dan kau 
Enam musim yang lalu Sama-sama kita menapak kaki meneroka bumi ini.
DI SINI…..
Sepanjang enam musim itu
kita ketemu jasad-jasad mulia
yang mengajar kita
ilmu dan keilmuan
hidup dan kehidupan.
Namun esok
tatkala mentari tegak di atas kepala 
terpaksa kita menghulurkan salam permisi 
buat semua, buat teristimewa "GURU"
Biar hati sejuta kali tidak merelakan
namun esok pasti tiba
untuk meraikan kita
yang kita terdaya
hanya tersenyum duka
... lalu tangan pun melambai.
Dari:
Siti Saedah bte Saad
4 (P)

 kembali ke Maktabah |