1.

Bahawasanya  murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk dididik menjadi seorang insan mukmin yang berilmu,bersopan,beramal soleh yang empunya kelengkapan mengabdikan kepada Allah dalam pembangunan ummah dan negara.

2.

Bahawasanya  kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan  ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memejukan pelajaran dan meningkatkan kerohanian murid-murid  di sekolah ini

3.

Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini berpendapat iaitu hubungan di antara guru-guru dengan ibu bapa adalah satu daripada jalan untuk mencapai cita-cita untuk meningkatkan pelajaran murid-murid  dengan bermuafakat di antara kedua-dua pihak dan dengan ini akan mencari jalan merapatkan lagi hubungan ini.

4.

Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini memandang akhlak adalah menjadi satu jalan pengukur kemajuan murid-murid dan akan berusaha menentukan murid-murid di sekolah ini meningkatkan akhlak murid dan dengan demikian akan belajar dengan lebih sempurna lagi.

5.

Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini merasa kesan mengajar dan pelajaran akan bertambah dengan cara mempelbagaikan kaedah-kaedahnya supaya tidak menjadi bosan dan akan menjadi lebih seronok dan dengan ini akan sedaya- upaya mencari jalan dan memikirkan serta mengambil  tindakan dalam perkara ini supaya murid-murid akan mendapat keuntungan dari daya usaha kami.