Make your own free website on Tripod.com

GAYA UCAPAN

BENTUK ucapan perlu dipelajari, bukan sahaja untuk pepe-riksaan tetapi juga untuk kegunaan dalam pekerjaan dan per-gaulan. Sungguhpun bentuknya sama tetapi gay a bahasanya ber-beza-beza mengikut isi dan tujuan. Misalnya, ucapan dalam majlis perpisahan untuk penghulu mukim (tahun 1983) tentulah tidak sama nadanya dengan syarahan (sejenis ucapan) pengerusi persa-tuan belia dalam majlis pelancaran kempen bagi membantu orang-orang tua (tahun 1982).

Ucapan perpisahan untuk penghulu mukim tadi bolehlah agak melenggang-lenggok gayanya kerana tujuannya berbudi bahasa, selaras dengan isinya, "nyatakan sumbangan dan jasa-jasa beliau terhadap mukim itu semasa beliau berkhidmat selama beberapa tahun di situ."

Ini bukanlah pula bermakna ucapan itu boleh memainkan kata-kata kosong sahaja. Tidak memadai jika disebut secara kabur "sumbangan dan jasa-jasa beliau yang amat berharga". Perlu dinyatakan satu persatu apa dia sumbangan dan jasa-jasa itu, bila beliau melakukannya dan apa kemajuan dan kebaikan yang diba-wanya kepada mukim itu.

Sejujur manakah seharusnya ucapan demikian? Tidaklah boleh dipaparkan keburukan dan kegagalan beliau, kerana ini akan ber-canggah dengan tujuan ucapan itu, menghargai kebaikan dan kejayaan beliau sebagai tanda berterima kasih dan berbudi bahasa di majlis perpisahan.

Namun demikian, boleh juga dimasukkan secara 'mengusik sayang' satu dua sifat beliau yang berupa kelemahan kecil. Juga

20


Goya Ucapan

boleh disebutkan kegagalan yang tidak mematahkan semangat beliau malah memberangsang beliau supaya terus bergiat hingga mencapai kejayaan untuk mukim itu. Kelemahan dan kegagalan begini menjadikan ucapan kita lebih meyakinkan.

Misalnya: Kata peribahasa, "Mana ada gading yang tidak retak?" Sebagai manusia biasa, Tuk Penghulu kita ini juga ada kelemahannya. Beliau terkenal pelupa, agaknya kerana terlalu banyak memikirkan masalah kita semua. Bukan sekali dua, tetapi kerap sudah, beliau mencari-cari cermin matanya pada hal ada ter-tonggok di atas batang hidung. Kelemahan begini semakin menambahkan kasih sayang anak-anak buah kepada beliau.

Sungguhpun banyak kejayaan yang telah beliau capai untuk mukim ini, beliau pernah juga mengalami kegagalan. Umpama-nya, rancangan syarikat kerjasama yang diasaskan lima belas tahun lalu pada mulanya amat mengecewakan. Tetapi Tuk Peng­hulu kita tidak mudah berputus asa. Beliau menjalankan kajian mencari sebab-sebab kegagalannya. Berkat usaha dan kebijaksa-naan beliau mendapatkan sumbangan nasihat, kemahiran dan tenaga dari beberapa pihak, rancangan itu berjaya dengan cemer-langnya hingga hari ini.

Peribahasa memang sesuai diselitkan dalam ucapan jenis ini. Elok juga dihafaz beberapa pantun tentang budi untuk dijadikan penutup yang indah, misalnya:

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga^

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga,

Pantun-pantun lain tentang budi termasuklah yang bermula dengan "pisang emas bawa belayar" dan "tenang-tenang air di laut". Jika yang diraikan itu akan ke tempat lain, boleh disudahi dengan pantun seperti "pucuk pauh delima batu" dan "dari mana hendak ke mana" atau "hari ini bertanam jagung."

Gaya bahasa dalam ucapan (syarahan) bagi pelancaran kempen membantu orang-orang tua mestilah berbeza. Nadanya tidak boleh bermanis-manis. la seharusnya tegas dan penuh day a peng-gerak - lebih mirip dengan gaya perbahasan. Bersyarah tentang "Orang-orang Tua Adalah Tanggungjawab Kita Bersama" sama-lah seperti berbahas menyokong tajuk itu, kecuali tidak menyebut hujah-hujah pihak pembangkang.

Teknik-teknik syarahan dan perbahasan banyak yang sama. Misalnya, teknik soalan retorik, iaitu soalan yang tidak memerlu-kan jawapan tetapi hanya menimbulkan kesan tertentu. "Akan kita lupakankah segala jasa orang-orang tua? Akan kita biarkan-

21


Goya Ucapan

kah mereka menderita setelah sekian lama menyumbangkan tenaga untuk kemajuan masyarakat?"

Jawabnya, kalau hendak dijawab, tentulah "Tidak!" Soalan begini hebat kesannya jika digunakan sekali dua dalam syarahan atau perbahasan. Jangan berlebihan, hilang bisanya.

Meskipun dalam syarahan tidak ada pihak lawan untuk dihen-tam hujah-hujahnya, namun baik juga disebutkan pendapat yang bertentangan dan ditunjukkan betapa salahnya pendapat itu.

Contohnya: Mungkin ada orang berkata, mengapa kita harus menghiraukan nasib orang-orang tua selain daripada ibu bapa kita sendiri? Jawapannya mudah dan jelas. Dalam masyarakat, kita hidup sandar menyandar, bak aur dengan tebing. Tiada siapa yang boleh berdiri sendiri. Malah tiada keluarga atau kumpulan lain yang boleh hidup tanpa bantuan keluarga-keluarga dan kumpulan-kumpulan dalam masyarakat. Oleh itu kita generasi muda terhu-tang budi bukan sahaja kepada ibu bapa dan keluarga kita, tetapi kepada semua anggota generasi lama. Dari sumbangan merekalah kita mendapat makanan, pakaian, rumah tempat berlindung dari panas dan hujan, pelajaran sebagai bekal menghadapi hidup....

Peribahasa yang sesuai boleh digunakan. Di samping "aur dengan tebing" tadi, boleh digunakan "kacang lupakan kulit", "habis manis hampas dibuang" dan sebagainya.

Nada boleh beremosi tetapi jangan melampau. Segalanya memerlukan disiplin.

Baik dalam syarahan mahupun perbahasan, kita cuba meyakin-kan para pendengar bukan sahaja dengan logik tetapi juga dengan kata-kata yang menimbulkan perasaan. Inteiek dan emosi sama pentingnya. Inteiek diyakinkan dengan hujah-hujah yang teratur, terjalin erat kemas tidak dapat dicari cacat celanya. Emosi dige-rakkan dengan teknik-teknik tertentu.

Satu lagi teknik yang boleh digunakan dengan berkesan dalam syarahan dan perbahasan ialah ulangan. Contoh soalan retorik tadi ada unsur ulangan juga - "akan kita... kah". Contoh seterus-nya ialah seperti: Yang mereka perlukan bukan sahaja makanan, pakaian dan tempat tinggal; bukan sahaja ubat dan rawatan;

bukan sahaja layanan, perhatian dan kasih sayang; tetapi juga tugas dan peranan tertentu, supaya mereka merasa dirinya bergu-

na.

 

Kembali ke laman utama