PERSATUAN KADET BOMBA
Persatuan Kadet Bomba telah ditubuhkan pada tahun ini. Seramai 75 orang ahli yang telah menyertai persatuan ini. Melalui pesatuan ini, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara-cara untuk berkawad, memadamkan kebakaran dan juga cara menyelamatkan mangsa kemalangan. Antara aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini adalah :
Perasmian kadet bomba oleh pegawai bomba dari Jabatan Bomba negeri Kelantan pada bulan Mac. Pada masa ini juga pasukan bomba akan menunjukkan sedikit cara-cara untuk menyelamatkan oranng dan memadamkan kebakaran dan ianya disaksikan oleh semua pelajar MMP.
Latihan kebakaran dan keselamatan yang melibatkan pasukan bomba di asrama Puteri MMP.
Lawatan ke tempat latihan bomba.
Mengadakan perkhemahan serta melatih pelajar memasak dan menyesuaikan diri di kawasan yang agak sunyi.
Menyediakan pasukan kawad kaki untuk mewakili sekolah
sekiranya terdapat pertandingan.