KELAB KOMPUTER

 

Kelab komputer ditubuhkan di atas kesedaran betapa pentingnya komputer pada masa kini. Komputer memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang boleh menggunakan komputer untuk melengkapkan diri menghadapi era globalisasi dunia teeekomunikasi, khususnya di kalangan warga MMP dan secara amnya dan di kalangan pelajar-pelajar Islam seterusnya meningkatkan imej sekolah agama pada persepsi masyarakat.

Antara objektif kelab komputer MMP ini adalah untuk melahirkan pelajar yang celik komputer dan menyampaikan maklumat sebagai wadah ilmu. Selain itu, kelab ini juga menyediakan perkhidmatan komputer untuk persatuan dan badan-badan lain.
Kelab Komputer mempunyai 5 guru MMP sebagai tenaga pengajar. Tahun ini, kelab ini memulakan kelas pengajian dengan pakej iaitu setiap pakej dianggotai seramai 12 orang ahli kelab.  Mereka akan belajar selama 6 hari yang akan mengambil masa selama 1 jam. Masa belajar bagi setiap hari adalah selama 2 jam. Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar mengikut giliran.
Di samping itu, Kelab ini mengajar perkara-perkara asas yang berkaitan dengan komputer iaitu windows,dos dan excel. Kelab Komputer mempunyai 4 biro bagi melicinkan lagi pentadbiran. Biro-biro tersebut adalah biro publisiti dan promosi, biro perhubungan awam, biro kebersihan dan kecerian dan biro tempahan.
Sebagai kesimpulan kelab komputer berjaya membawa pelajar MMP ke arah masyarakat celik IT sesuai dengan moto Kelab Komputer iaitu Teknologi asas Modenisasi.

Kelab Komputer  |  Persatuan Bahasa Arab  |  Persatuan Bahasa Inggeris
Persatuan Bahasa MelayuPersatuan Pengajian Am  |  Persatuan Geografi dan Sejarah 
Persatuan Falak SyariePersatuan Seni Khat  |  Persatuan Matematik  |  Persatuan Sains
Persatuan Bulan Sabit Merah  |  Persatuan Tingkatan Enam  |  Persatuan Kemahiran Hidup
Persatuan Kadet Bomba | Pergerakan Puteri Islam  |  Koperasi Sekolah 
Kelab Radio   |  Kelab Taekwando