lencbnr.jpg (11443 bytes)

   

Sekolah MMP mempunyai satu lambang khas sebagai pengenalan dan imej bagi warga MMP seiring bermulanya sessi persekolahan pada tahun 1937. Setiap rekaan dan warna yang dihasilkan kebiasaannya terkandung maksud dan makna tersirat,begitu juga dengan lambang sekolah kami.    

 

KUNING : KEUTUHAN
Menandakan  betapa utuhnya semangat warganya dalam menimba ilmu pengetahuan.    
MERAH : KEBERANIAN 
Menjadi tampuk keberanian para pelajar menyusuri   liku-liku perjalanan dalam menggapai kejayaan.  
HIJAU    : KEHARMONIAN
Menyatakan kepada masyarakat bahawa warga MMP   hidup dengan penuh harmoni dan  bersatu demi  melahirkan barisan pemimpin berkaliber dan berketrampilan.    
PUTIH   : KETULUSAN
Menunjukkan ketulusan dan keikhlasan warganya dalam   membongkar dunia keilmuan di MMP.
HITAM : KECEKALAN
Menjadikan warga MMP agar cekal menghulur tangan ,   berganding bahu serta bergerak sederap untuk menyempurnakan tanggungjawab.
      Selain  daripada warna ini  objek yang terdapat dalam lambang ini juga mengandugi maksud tersendiri. Makna setiap objek ini bertitik tolak dari tasawwur diatas meneliti , menganalisa seta mengasaskan matlamat dan objektif  yang berkaitan dengan tuntutan setempat.
KITAB :        AL- QURAN & AL- SUNAH
BULAN & BINTANG : AGAMA ISLAM   
Bintang & Bulan terletak dibahagian atas lambang mengambarkan matlamat kami untuk meninggikan syiar Islam yang ditatang dengan manhaj yang benar.
MIZAN : KESEIMBANGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT
Suata konsepsi yang menitik-beratkan keseimbangan    
Ilmu dunia untuk memakmurkan hidup warga MMP sebagai suatu  gerbang dan jalan menuju kesejahteraan akhirat.
Bertepatan dengan visi warga MMP untuk mengamalkan`ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP' semaksimum mungkin dengan bercirikan kefahaman dan penghayatan terhadap kesyumulan Islam yang hakiki.Jadi,warga MMP tidak boleh memandang enteng visi ini.   
Apabila kesemua komponan warna,objek juga misi telah bercantum menjadi satu,maka terbentuklah satu rekaan untuk menyatakan bahawa lambang MMP ini adalah tanda falsafah besar MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU.