PERSATUAN SAINS
Pada tahun 1997,Persatuan Sains telah berjaya ditubuhkan buat pertama kalinya yang mana sebelum ini digabungkan dengan Persatuan Matematik.Pada tahun 1998 merupakan tahun kedua untuk persatuan ini berdiri sendiri tanpa digabungkan dengan mana-mana persatuan lain.Ahli persatuannya terdiri daripada pelajar tingkatan peralihan hingga pelajar tingkatan lima.
Antara aktiviti yang pernah dijalankan oleh persatuan ini ialah :
# minggu pengenalan alam sains
# permainan 'treasure hunt'
# tayangan video dan CD
# kuiz
# rekacipta model sains pada abad ke-21
# tanaman hidroponik
# eksperimen memerhati sel tumbuhan
Segala aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk membuka minda ahli-ahlinya ke arah pemikiran sains.