sejarbnr.jpg (18514 bytes)

Nama Maahad Muhammadi memang tidak  dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan nusantara amnya.Ia merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama’, cendiakiawan, negarawan,usahawan dan sebagainya.  
Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis 1 April 1937 bersamaan 20 Muharram 1356 dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.
Maahad Muhammadi yang pada hari itu dikenali juga sebelum ini sebagai:
1. Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah (1937-1942)
2. Al-Madrasah Al-Arabiah Jame’ Merbau Al-Ismaili (1942-1956)
3. Al-Maahad Al-Muhammadi Al-Qismu Al-Arabi (1956-1973)
4. Al-Maahad Al-Muhammadi (1974-1982)
5. Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanin dan Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanat(1.7.1982)
K E  N A N G A N M  M  P