ASRAMA MMP
![]()
![]()
![]()
Asrama Maahad Muhammadi Perempuan terdiri daripada 3 blok iaitu blok A,B,dan C yang menampung 464 orang pelajar merangkumi pelajar dari semua tingkatan bermula tingkatan peralihan hingga enam atas yang berasal dari pelbagai negeri .
Organisasi asrama terdiri daripada 6 panel yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti untuk para penghuni aspuri . Panel - panel tersebut ialah :1. Panel Keamanan yang berperanan mengawal hal - ehwal keselamatan , disiplin , dan keluar
masuk pelajar asrama.2 . Panel Kesihatan yang ditugaskan memastikan kesihatan penghuni asrama menyediakan bekalan ubat ubatan yang mencukupi untuk waktu kecemasan .
3 . Panel Harta benda yang bertanggungjawab menjaga harta benda aspuri dan mengenalpasti sebarang kerosakan yang berlaku di dalam asrama .
4 . Panel Kebajikan berperanan menguruskan aktiviti yang dijalankan di atas masjid waktu maghrib dan isyak seperti ceramah serta mengadakan kursus imamah bagi para imamah yang baru dilantik .
5 . Panel Kebersihan bertugas memastikan kebersihan dan keceriaan aspuri serta mengadakan Pertandingan Bilik Terbersih pada setiap bulan .
6 . Panel Pendidikan bertanggungjawab menyelia kelas PREP supaya berjalan dengan lancar dan memberi motivasi kepada pelajar pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Pelbagai aktiviti diadakan khas untuk penginap - penginap aspuri seperti majlis berbuka puasa bersama guru , majlis Maulidur Rasul , kursus kepimpinan dan banyak lagi .