Kelab komputer ditubuhkan di atas kesedaran betapa pentingnya
komputer pada masa kini. Komputer memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar
yang boleh menggunakan komputer untuk melengkapkan diri menghadapi era globalisasi dunia
teeekomunikasi, khususnya di kalangan warga MMP dan secara amnya dan di kalangan
pelajar-pelajar Islam seterusnya meningkatkan imej sekolah agama pada persepsi masyarakat.
|
|
Antara
objektif kelab komputer MMP ini adalah untuk melahirkan pelajar yang celik komputer dan
menyampaikan maklumat sebagai wadah ilmu. Selain itu, kelab ini juga menyediakan
perkhidmatan komputer untuk persatuan dan badan-badan lain. |
|
Kelab
Komputer mempunyai 5 guru MMP sebagai tenaga pengajar. Tahun ini, kelab ini memulakan
kelas pengajian dengan pakej iaitu setiap pakej dianggotai seramai 12 orang ahli
kelab. Mereka akan belajar selama 6 hari yang akan mengambil masa selama 1 jam. Masa
belajar bagi setiap hari adalah selama 2 jam. Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar
mengikut giliran. |
|
Di
samping itu, Kelab ini mengajar perkara-perkara asas yang berkaitan dengan komputer iaitu
windows,dos dan excel. Kelab Komputer mempunyai 4 biro bagi melicinkan lagi pentadbiran.
Biro-biro tersebut adalah biro publisiti dan promosi, biro perhubungan awam, biro
kebersihan dan kecerian dan biro tempahan. |
|
Sebagai
kesimpulan kelab komputer berjaya membawa pelajar MMP ke arah masyarakat celik IT sesuai
dengan moto Kelab Komputer iaitu Teknologi asas Modenisasi. |
|
 |