ASRAMA MMP
 

  


Asrama Maahad Muhammadi Perempuan terdiri daripada 3 blok iaitu blok A,B,dan C yang menampung 464 orang pelajar merangkumi pelajar dari semua tingkatan bermula tingkatan peralihan hingga enam atas yang berasal dari pelbagai negeri .
Organisasi  asrama  terdiri daripada 6 panel yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti untuk para penghuni aspuri . Panel - panel tersebut ialah :

1. Panel Keamanan yang berperanan mengawal hal - ehwal keselamatan , disiplin , dan  keluar
masuk  pelajar asrama.

2 . Panel Kesihatan  yang ditugaskan memastikan  kesihatan penghuni asrama menyediakan bekalan ubat – ubatan yang mencukupi untuk waktu kecemasan .

3 . Panel Harta benda yang bertanggungjawab menjaga harta benda aspuri dan mengenalpasti          sebarang kerosakan yang berlaku di dalam asrama .

4 . Panel Kebajikan berperanan menguruskan aktiviti yang dijalankan di atas masjid waktu maghrib dan isyak seperti ceramah serta mengadakan kursus imamah bagi para imamah yang baru dilantik .

5 . Panel Kebersihan bertugas memastikan kebersihan dan keceriaan aspuri serta mengadakan Pertandingan Bilik Terbersih pada setiap bulan .

6 . Panel Pendidikan bertanggungjawab menyelia kelas PREP supaya berjalan dengan lancar dan memberi motivasi kepada  pelajar – pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik.

Pelbagai aktiviti diadakan khas untuk penginap - penginap aspuri seperti majlis berbuka puasa bersama guru , majlis Maulidur –Rasul , kursus kepimpinan dan banyak lagi .


BADAN DISIPLIN
BADAN KAUNSELING
BADAN MAKTABAH
ASRAMA
BUKU TEKS